Psycho Crew

this site the web

Begini ke kasih anak terhadap ayah??

Sekarang nie macam-macam kes..tpi yang ni aku xboley terima la..bapa yang ditinggal an mcm 2 je..xde pengawasan pape..da la bapa tu uzur,sampai berulat lak 2..layan la.













Info:

"Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan
Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti
saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang
kesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk
menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atas
sofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu lelaki,
berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...

saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah....dan buat pemeriksaan. Ada
dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel. rumah
usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan minyak masak.

Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu no
tel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu cucunya...mayat
di bawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat esoknya.

di mana anak anaknya?

baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti,
menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah tak mahu
mengikut...berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari
anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang mayat telah
seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat.

saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka meninggalkan
ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa menghubungi, tiada link dgn
jiran jiran...seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup
mengecam mayat ayah mereka...apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan
mengecam...sejurus sebelum pengsan.

1 yang berkata-kata:

oPiE iSa said...

Nice blog!
:)

Post a Comment